Diffuse Brain Injury

Leave a comment

Diffuse injuries can result from acceleration/deceleration injuries.[2]Rotational forces are a common cause of diffuse injuries;[5] these forces are common in diffuse injuries such as concussion and diffuse axonal injury.

Tu dari Wikipedia. So basically lepas scan doktor kata otak aku ada Diffuse Brain Injury. Nak tau macam mana? So ini yang berlaku kat otak aku sekarang – diffuse brain injury

http://en.wikipedia.org/wiki/Focal_and_diffuse_brain_injury

Kecederaan parah tak parah tu bergantung kat tahap kecederaan la. Orang ingat aku dah tak berupaya untuk berfikir, tak dibenarkan untuk berfikir ape sume. No. NO!

Diffuse Injury

Ramai yang tak faham dan benda ni mmg aku tak expect org untuk faham pun. Otak ada banyak lapisan. So what happened is, aku boleh buat fungsi lapisan dalam otak, bukan lapisan luar. Simply said, high level brain function yang problem – executive functions.

http://www.pnas.org/content/108/39/16428.full

Tapi tak bermakna yang luar tu tak berfungsi terus. Setakat masalah simple2 tu tak jadi masalah pun. 1+1 still 2. Yang complex tu baru buat kepala aku pening, sakit dan nak muntah. Takat belajar tekan pedal minyak tu ape lah sangat. Aku belum tahap mentally disabled.

Aku anggap ni ujian untuk aku tengok sejauh mana IQ aku dah developed selama ni dan sejauh mana dah dia reverted. Tahap sekolah rendah? Menengah? Dan sejauh mana IQ aku boleh pegi balik lepas ni.

I need help, and support

Well gotta admit that aku ada masalah memory dan masalah finding the words to use.

But hey, I’m still alive! And even think of a way to explain things about this to people while not having any dizziness!

Advertisements

Pengalaman Eksiden && After-Effect

Leave a comment

Al kisahnya 3 minggu lepas aku gi submit keputusan ujian berkomputer di pusat memandu SKEM. Niat dalam hati balik nak singgah Wangsa Maju nak beli sticker untuk Mod Smok M80 yang aku baru je angkat malam sebelum tu. On the way balik tu takde la rasa apa2 yang pelik atau mengantuk. Aku ingat lagi aku tengah bawak motor tu macam mana. Steady macam hari2 biasa.

Rasa macam mimpi. Sedar2 je kat hospital. WTH kan? Tengah bawak motor tiba2 kat hospital dah. Apa yang berlaku semua aku tak ingat. Kepala memang rasa sakit macam migrain masa tu, dan pening2. Macam mana boleh eksiden, lokasi, masa semua aku tak tau. Tapi aku ada la ingat sikit part of “mimpi” yang aku ingatkan mimpi rupanya bukan, “bang gunting baju boleh tak?”. Rupanya aku separa sedar. Aku passed out tak lama lepas tu.

So bila abang aku datang, aku takleh nak cerita apa. Kat semua orang pun. Aku cuma bagitau aku balik dari SKEM dan dia trace je jalan situ sampai jumpa lokasi. Bila tanya doktor, doktor kata kepala aku kena hentakan. Hidung aku retak ke patah tak tau la, rasa sakit dan bergoyang, rasa krap krap krap gitu bila usik. Dagu aku masih bengkak, dahi ada lubang kecik kena jahit, belakang leher dan tulang belakang sakit, tangan kiri sakit takleh grip. Mulut aku terkoyak dalam, kena jahit. Yang tempat lain tu macam biasa, eksiden, ada luka2 sana sini.

Dan motor aku…..

Sebelum Tunda 11174578_1578065435798094_3179787088273229595_o

Berpusing 360 degree je.. Takde la teruk sangat kan? Hmm.. Takde kesan brek atas jalan, dan average aku bawak motor 100km/j most of the time.. Termasuk masa tu (sebab aku memang ingat je aku bawak motor balik dari SKEM tu).. 100km sejam langgar bukit tanpa brek… Hmm.. Alhamdulillah, aku selamat.

———————
After effect dia, awal2 lepas keluar hospital rasa nak hantuk kepala. Then seminggu, recover. Sembuh, masuk office kena outstation terus. Mula2 memang takde apa2 pun. 3 minggu kemudian, skarang ni. Aku mula pening kepala, dizzy dan mabuk.. Kepala kadang2 bengong. Maybe aku patut gi buat scan balik.. Tangan kiri pun sakit lagi ni. Hmm…

Doakan cepat sembuh. Amin.

Tenggelam && Timbul

Leave a comment

Plup plap plup plap.. Tenggelam timbul.

Hehe.. Well, PSM dah habis. Timbul balik la aku. Maka, tamatlah tempoh pengajian selama 4 tahun kat UTM. Betui betui ambik 4 tahun wo.. 8 Semester – termasuk extend. Wakakaka..

Tesis Siap

Sebenarnya aku dapat free satu, Terima Kasih kat supervisor sebab baik hati bagi salinan dia..

Siap Tesis

 

Jangan pandang belakang.. Aku tau bilik aku kapal kene tembak

Oit! Belum habis lagi la. Sem depan, semester pendek aku datang balik. Sayang nya aku kat UTM. Hohoho..

Tipu jer. Ada kerja dengan lecturer, tolong buat projek Android app selama 2 bulan. Intense wor, buat projek dari zero from ground. Budak budak first year yang takde pengalaman programming, nak aku guide diorang. Peh.. Usaha lebih kali ni. Yet again.

Hohoho. Ingatkan tak minat programming. Itu la, benda yang kita tak minat tu la kita end up doing. Harap aku tak la. Aku nak jadi benda lain! Transform! Henshin!

Ngeh, INI ENTRY BUKAN PASAL LINUX

Guild Wars 2 & WELCOME TO THE NEW GENERATION MMORPG

2 Comments

Dah lama benau tak menulis. Setiap kali ada benda yang betul-betul menarik je baru nak usik. So apa cerita kali ni? Oppa Gangnam Style? Bitch please, tu orang gila Korea je layan. Mesti la pasal Guild Wars 2 yang dunia sedang hype sekarang ni. Apa yang hype sangat pasal benda ni? DUNIA MMORPG YANG MEMBOSANKAN!!

Jom tengok ape benda yang menarik main Guild Wars 2 ni.

 

Questing & Event

“Eh jap, aku nak submit quest”
“Aku nak gi amik quest jap kat NPC XXX”
NPC cakap, “Bunuh 50 ekor tikus aku nak wat sup tulang”.

Dalam Guild Wars 2, nak buat quest tak perlu cakap ngan NPC. Nak submit quest… eh, tak perlu submit pun. Takde nak membosankan diri melakukan aktiviti yang sama berulang ulang ulang ulang semata-mata nak siapkan quest.. Takde nak membanting tulang bekerja keras nak bagi makan kat NPC kesayangan korang demi exp yang seciput. HAHAHAHA!

More

Selepas Install Arch PART I – Install User Environment

Leave a comment

Salam and Good day.

Aku ikut tutorial step-by-step install Arch kat sini Build a Killer Customized Arch Linux Installation (and Learn All About Linux in the Process) . Tapi lepas aku dah berjaya install tu bukan lagi 100% siap. So what’s next? Lepas restart aku akan tersangkut lagi kat luar tanpa GUI (interface/antaramuka).  So pertama sekali adalah setting environment dulu baru install GUI. Ni antara step yang aku buat. Bergantung kepada spec (ATi, hardware dll)

So apa yang aku buat ialah update dan sync dulu mirror dan database

nano /etc/pacman.d/mirrorlist

Aku cut mirror Singapore letak paling atas. Then uncomment mirror Australia. Ambil at least 6 mirror (termasuk Sg). Kemudian update dan sync.

pacman -Syu

Seterusnya tambah user. Kenapa tak guna root? Sebagai pengguna Linux patut tahu sendiri kenapa. Arch Linux tak letak user secara default. Korang kena tambah sendiri.

useradd -m -g users -G audio,lp,optical,storage,video,wheel,games,power -s /bin/bash xamd

<xamd> tu nama user aku. Gantikan dengan nama user yang korang nak. Kemudian set password.

passwd xamd

Kemudian install sudo.

pacman -S sudo

Tambah user tadi kedalam wheel pengguna sudo. Cara penggunaan nano lebih senang dari vim. Untuk keluar tekan CTRL+X, tekan Shift+Y untuk Yes, sebelum exit.

nano /etc/sudoers

Aku set %wheel ALL = (ALL) ALL.

nano /etc/modprobe.d/modprobe.conf

Aku letak line blacklist snd_pcsp.

Then masa untuk install sound ALSA. Korang bleh install alsapulse audio kalo tak menjadi.

pacman -S alsa-utils alsa-oss alsa-firmware

Edit daemon.

nano /etc/rc.conf

Tambahkah dbus dan alsa

DAEMONS=(dbus … @alsa)

Last but not least, install X dan komponent-komponent lain. Aku install sekali mesa dan intel. Laptop aku ada pakai driver intel, unfortunately.

pacman -S libgl xorg-server xorg-xinit xorg-utils xorg-server-utils xf86-video-ati xf86-video-intel xterm dbus mesa

Taip startx untuk masuk basic nye X. Aku nak guna openbox, jadi aku tak install apa-apa DE lagi masa ni. Bergantung kat korang, kalo rasa nak guna KDE/Gnome/XFCE boleh proceed dengan install

pacman -S kde

Contoh kde.

BERSAMBUNG KE PART II

I’ve Moved to Google+, Don’t Find Me On Facebook

Leave a comment

It just as the title said :3

Joke joke 😛

Untill ALL of my important friends start using it, I’ll still view Facebook from time to time.

Tapi skang memang tengah addicted ngan Google+ pon~

Circle me 好人

Operation Malaysia – Mencari Publisiti Murahan

Leave a comment

Dah lama aku tak post balik kat blog nih. Dah berkarat ramat dah sekali tengok. Tapi karat pun ade lagi orang datang visit.

Wakakaka..

Ni benda menarik yang bakal berlaku kat Malaysia. Anon Operation Malaysia. Hacker kalo tak tau Anon ni ape balik awal la.. Belajar balik dari asas.

Wakakaka..

More

Older Entries