OS = RHEL 7

Enviroment = VM

Soalan pertama kita diberi satu virtual machine tanpa password. Kita dihendaki login. Untuk menyelesaikan masalah ini, hendaklah reset terlebih dahulu root dalam single-user.

Terlebih dahulu, boot VM

1. Semasa pilih menu OS, tekan e untuk edit menu

2. Kemudian tambah pada penghujung line dengan parameter rd.break. Ini membolehkan kita login dengan single user.

3. Tekan CTRL+X untuk boot

4. Setelah login, senaraikan sysroot (mount | grep sysroot)

5. Mount sysroot kepada rw mode (mount -o remount,rw /sysroot)

6. chroot ke environment sysroot (chroot /sysroot) dan tukar password root (passwd)

7. Arahkan SELinux untuk labelkan semula semua files semasa reboot kerana /etc/shadow telah diubah diluar konteks SELinux. (/.autorelabel)

8. Taip exit untuk meninggalkan chroot environment dan taip exit atau reboot untuk reboot VM, kemudian tunggu sehingga sistem siap mengemaskini VM.

9. Login menggunakan password root yang telah ditetapkan tadi.

Tahniah, anda telah melepasi satu soalan bagi peperiksaan RHCSA.

Cara ini hanya bagi environment VM, jika peperiksaan Red Hat menggunakan environment sebenar, hendaklah digantikan langkah 3 (rd.break) kepada parameter init=/bin/bash atau init=/bin/sh. Setelah itu mount / menggantikan /sysroot. Tak perlu chroot, hanya tukar password passwd root, selainnya adalah masih sama.

Sekian saja bahagian pertama. Langkah ini penting, jika gagal maka anda tidak akan dapat meneruskan untuk soalan-soalan yang seterusnya yang memerlukan login ke environment