Bismillah.

Skang dh mcm jadi trend plak masing2 menceritakan kejayaan hidup. Malah diletakkan niat “untuk inspirasi orang lain”.

Memang tak salah niat kita nak inspire orang. Saya pun suka. Tapi suka untuk saya ingatkan matlamat tidak menjadikan cara kita betul. Kita tidak tau, jika disebabkan kita, menyebabkan orang lain jadi lebih bersungguh2 utk kejar duniawi itu menjadi kerosakan lebih besar daripada yang membina. Pun tak boleh jugak. Kalo orang yang kita inspired tu jalan dia sentiasa ingat akhirat (tak kisah dah jutawan tiba2 Allah tarik sekelip mata pun dia redha) itu memang respectable. Tapi dengan zaman kita ni, bermacam2 dugaan dan tarikan. That being said, amalan2 kita ialah ibadah. Kerja pun ibadah. Usaha cari rezeki pun ibadah.

Yang terbaik ialah sembunyikan ibadah kita, dan sepatutnya kita rasa malu bila dapat tahu apa yang kita usahakan. Kalo orang nak cerita lepas tu tu biar lah, bukan kita yang saja2 bukak cerita.

Contoh, kita solat sunat malam2, bagus dah. Sembunyi2 taknak bagi orang tahu. Tapi alih2 ada orang tahu, dan kita tahu dia tahu. Dan kita jadi gembira sebab orang tahu. Walaupun bukanlah pada tahap riak, tertolak amalan tersebut. Rugi saja. Malu kalo orang dapat tahu, itu lebij baik.

Itu baru yang kita usaha untuk sembunyikan. Kalo yang saja2 buka, tak tau lah macam mana. Rugi ibadat jadi sia2. Rugi lah kan bila kita buat jadi sia2. Macam debu. Kita mintak murah rezeki, kita dapat. Kita mintak keberkatan, kita dapat. Kita mintak doa, kita dapat. Allah ni Dia bagi kepada yang berusaha dan ingat Dia. Kat dunia. Tapi bab sejauh mana penerimaan disisi Allah tu orang pandang remeh.

Tapi kan, Allah hitung semua. Setiap org ada bahagian masing2. Perbuatan2 kita yg lain, derma, keluar duit kepada fisabilillah, faktor external tetap jadi penyumbang kepada ibadat kita yg Allah terima. Wallahualam.

Mudah2an kita semua ditunjuk jalan yg diredhai. Bukan mintak utk murah rezeki didunia saja, mintak jugak apa yg kita buat itu diterima. Itu yg lebih penting.

Saya bukanlah menegah orang untuk berusaha. Berikhtiar. Ikhtiar itu juga yang membezakan kita ASWJ dengan fahaman lain seperti Jabariyah, Muktazilah, Syiah dsb. Tapi ikhtiar itu sentiasa berpada2. Nak cerita boleh, tak perlu cerita semua. Elakkan cerita yang boleh menyumbang kepada kemudaratan, lebih2 lagi kepada kesungguhan mengejar dunia.

Insya Allah.. pesanan kepada diri sy sendiri juga.

Wallahualam

Advertisements