Bismillah..

Boleh tak ustaz kita sebut musibah tu sebagai bala?

  • Musibah ialah musibah, bala tetap bala.
  • Bila sesuatu yg besar menimpa, contohnya satu kawasan yang ramai orang, ada orang baik ada orang tak baik. Orang yang baik akan melihat itu satu musibah yang baik dan mendapat kebajikan manakala orang yang tak baik akan melihat sebagai bala

  • Orang yang baik akan menerima sebagai rahmat Allah, menerimanya dengan sejuk hati dan pandangan positif bahkan jadi satu ibadah buat mereka dengan asbab musibah tersebut mereka ingat Allah lebih lagi.
  • Orang yang tak baik akan menganggap musibah itu satu bala, mereka rasa berat, dan rasa azab. Ujian tersebut satu seksaan bagi mereka.
  • Mereka melihat itu dari sudut bala, dan keburukan yang Allah hantarkan

 

Penjualan peroduk2 menggunakan nama agama contohnya jual air tawar, khidmat ibadat, dan sebagainya (jawapan adalah dari sudut orang yang jual)

  • Produk2 ni boleh dijual. Sah hukum, tapi tak comey. Ada perbahasan dikalangan mazhab tapi mazhab syafie kata sah.
  • Cuma bagi orang ahli agama, patutnya dia rasa tak tergamak. Masalahnya kita yakin ke doa yang kita baca tu menjadi?
  • Yang dibuat oleh mereka2 ni sume kebanyakannya (kalo tak semua) guna cara sama – contoh 1000 botol air, baca sekali je pun bukan baca 1 botol 1 kali jadi 1000 kali baca. Sape sanggup? Pastu jual tiap2 botol, besar untung.
  • Lainlah kalo bacaan tu dari orang yang betul2 comey, baca comey akhlak comey, serba serbi comey. Itu pun belum tentu lagi menjadi, belom tentu lagi berkat.
  • Kaedah sebenar, even pada zaman Rasulullah, ialah asingkan bekas2 air tu, setiap orang baca, dah habis baru campur semua. Mudah mudahan dikalangan ramai2 tu ada yang berkat.
  • Tapi…. tergamak ke nak jual? Buat dan jual tu pun dah teruji keikhlasan, apa lagi mengharap pada berkat. Apa2 pun semua pada kuasa Allah.

 

Hukum jual beli guna kad diskaun

  • Kat sini ada dua hukum. Satu hukum jual beli barang, satu lagi hukum jual beli kad.
    – Hukum jual beli barang tu sah, tp hukum kad tu kena jelas dan dipersoal. Majlis fatwa kena bagi jelas, bukan main lepas hukum.
  • Contohnya koperasi jual kad diskaun, barang2 yg dibeli akan dpt diskaun 20% kalo ada kad. Kad tu takde fungsi apa pun. Bukan dpt hadiah apa2 ke. Dan kad tu kalo x guna, duk bayar saja2 la jawabnya.
  • Jadi atas sebab apa kad tu sebenarnya. Kena jelas. Bleh jadi haram hukum dia atas sebab tipu daya
  • (soalan ni kena tanya semula ustaz sbb ambo duk ralit tengok cicak)

 

Ustaz apa hukum baca surah tertentu je tak baca surah lain contohnya baca al-mulk, yassin dsb.

  • Boleh, tak ada larangan.
  • Asalkan tidak membelakangi surah2 lain.
  • Maksud membelakangi kita tak pakai surah lain, menolak atau rasa surah lain tak penting.
  • Quran ni panduan, tak jadi panduan kalo takat baca 2-3 surah.
  • Boleh baca surah tertentu utk dptkan pahala kebajikan atau kebaikan amalan bagi sesuatu perkara.

 

Gapo gak ilmu hakikat ni ustaz, adakah sebahagian dari cabang ilmu islam jugak ke

– nnti sambung. Ngantuk nk tulis.

Sambutan hari guru.

  • Ada ternampak guru2 bergaul mesra, tak kira laki pempuan.
  • Ada gamba duk tunjuk, cikgu laki suap kek ke mulut pengetua, pmpuan. Adoihai. Kena ingat, kalo suami dia tengok dan tak redha, neraka la jawab dia pmpuan tu. Kalo suami pengetua tu tengok dan redha, tiga2 masuk nereka sebab suami dayus biar je.
  • Cikgu2 sekolah pun, kena ingat. Murid tu mu halal kawin. Memang muda, tapi dah baligh, dah ckup syarat. Jangan duk kepit sangat mentang2 dia murid mu.
  • Tunjuk la contoh baik. Ni anak2 murid tgk cikgu pun galak. “Cikgu yg takde apa2 hubungan pun galak, kita ni kekasih. Beli keropok, gi pantai jom”.. sedar2 tubik anak.

Bersambung kuliah esok.

Wallahualam

Advertisements