Bismillah.

Macam mana nak cam tanda orang tu ada agama?

Tengok akhlaknya.

Tudung labuh, mulut tak jaga.
Niqabis pun marah2 kat org lagi.
Ustazah tak tau malu.
Ustaz penipu.

Islam ni ad din. Satu cara hidup.

Ilmu bukan pengukur iman dan tauhid. Ngaji 30 tahun agama, tapi akhlak gagal. Bukan takat orang jah benci, nak masuk syurga pun payah.

Sabda nabi,

أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ اَلْجَنَّةَ تَقْوى اَللَّهِ وَحُسْنُ اَلْخُلُقِ

“Yang paling banyak memasukkan ke syurga adalah takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia”. (HR At-Tirmidzi, Ibnu Maajah dan Al-Haakim)

Nampak, akhlak. Memang kita suka orang akhlak baik ni, kalo ilmu tinggi pun sia2 kalo takde akhlak. Alim bukan warak. Alim ni bahasa arab, org berilmu. Kita tengok org tu alim, belajar ilmu agama banyak, belom tentu lagi dia baik. Ada kes2 penipuan kita tengok banyak. Belajar saja. Firman Allah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَْ كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

”Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa saja yang tidak kamu kerjakan.” (QS.Ash-Shaff : 3)

Kecek sajo. Orang belajar, kalo dia beramal dgn apa yg dia belajar, automatik akhlak dia akan jadi baik.

Nabi kata lagi

“بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلاَقِ”

“Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” [H.R. Al-Hakim dan dinilai sahih oleh beliau, adz-Dzahabi dan al-Albani]

Ambo bukan nak tuju kat yg belajar tinggi sekolah biasa nu, ambo nak tuju kat org2 yg galak bercerita hebat dekat group2 usrah telegram dan wasap. Nk belajar ilmu, kat wasap tak jadi. Tak masuk. Baca, macam angin lalu. Baca ayat copy paste, share..mcmm surat berantai. Betul ke salah tak tau. Ambo tgk bleh tahan jgk byk yg salah. Nak tegur takleh, channel takleh chat. Ni org pakai purdah, kita nak pakai jugak. Tapi tempat lain kena perli marah, kene tegur sentap, ayat tak puas hati tu banyak. Boleh keluar lagi ayat “niqabis takleh marah ke”. Bukan niqabis takleh marah, sume org kena kawal. Tapi org tgk akhlak kita tu. Cerminan agama. Org kawin kita gelenya nak kawin. Letak syarat kami tak memilih, bekenan lamar, janji jalan. Last2 10 tahun melangit dia punya taaruf.

Itu yg jenis tu. Ni satu lagi adab. Punya la menuntuy ilmu, aqidah, feqah, nahu ngadu apa payah sangat nak hafal. Dah tak nak payah apa nya, time makan berterabur. Nasik tak habis. Mana nak dapat barakah? Benda2 kecik kita tak jaga. Ingat adab menuntut ilmu jah ke kena jaga? Nabi ajar sutir2, cara hidup. Sume utk ajar jadi org bukan binatang. Setiap nabi ajar tu ada hikmah dia.

“لاَ تَدْرُوْنَ فِي أَيِّ طَعَامِكُمُ الْبَرَكَةُ.”

“Kamu tidak mengetahui di bahagian makanan kamu yang manakah keberkatan itu berada.”

Tinggal sutir nasik, mana tau barakah duk situ. Rezeki murah duk situ, otak cerdik duk situ..mana tau?

Kita tengok akhlak orang yg masak untuk kita. Kadang2 kita tengok kedai makan kat dapur, tukang masak minum air berdiri. Nampak. Tak ada tanda2 agama. Makan berdiri. Makanan kita dimasak oleh org2 yg tak jaga agama. Macam mana nak dapat barakah. Kita pandang ringan, tp kalo 60 tahun hidup duk sia2kan barakah, byk mana dh kita rugi? Benda2 kecik ni la kita tak perati. Pastu kita komplen kata rezeki susah masuk, hidup tak senang.. mcm mana? Akhlak tu penting.

Byk lagi nak sebut, tp org kata ambo ustaz plok kekgi.

Wallahualam.

Advertisements