Soalan lazim yang selalu orang duk tanya, apa beza Intel Xeon dan Intel i7 atau Intel i5? Yang mana lebih bagus?

Dalam kes ni, tak ada yang lebih bagus. Sebab processor dibina berdasarkan tujuan yang berbeza.

i-Series dibina untuk home, dan gaming. Beza antara i7 dan i5 adalah penggunaan core dan thread. Buat masa ini, hanya segelintir sahaja aplikasi atau game yang betul-betul menggunakan fungsi multi-core/tasking yang sebenar. Disebabkan itu i5 adalah pilihan yang lebih bijak dikalangan para gamers kerana lebih murah berbanding i7 melainkan terdapat penggunaan lain selain dari game yang memerlukan fungsi multi-core/tasking. Manakala i7 menjadi keperluan jika terdapat keperluan untuk menggunakan aplikasi yang memerlukan resource yang lebih tinggi seperti rendering, editing, suntingan dan sebagainya. Atau sekadar untuk menunjuk-nunjuk “just because I can”.

Xeon pula adalah dibuat khas untuk fungsi multi-tasking, server contohnya. Ini kerana Xeon lebih stabil dan boleh mengelak dari berlakunya error semasa server crash. Untuk menggunakan fungsi Xeon sepenuhnya tentulah memerlukan perkakasan server seperti ECC RAM bukannya DDR3/DDR4 RAM. Xeon juga kurang menghasilkan haba berbanding dengan i-Series.

Kelebihan i-Series ialah ianya berupaya untuk overclock. Terdapat dua jenis processor i-Series iaitu versi K dan non-K. Kedua-duanya boleh overclock namun versi K lebih optimize dibina khas untuk tujuan tersebut. Kekurangan Xeon ialah ianya tidak boleh overclock, namun dari segi performance dan stabil, Xeon mengatasi i-Series jauh sekali. Namun begitu, harga Xeon bukanlah murah.

Xeon dan i7 boleh digunapakai untuk workstation disebabkan oleh kelebihan pada multi-tasking dan performance. Tier paling rendah Xeon adalah “comparable” dengan i7 bagi aktiviti yang sama. Bagi para gamers yang tiada perancangan untuk overclok dan tidak mampu untuk mendapatkan i7, penggunaan “Xeon mampu milik” adalah keputusan yang boleh dikatakan bijak jika pengguna ingin memiliki kemampuan i7 pada harga yang lebih murah dan mempunyai keupayaan yang lebih stabil. Namun perancangan membeli rig bukanlah semudah tulis ABC pada kertas dan beli sahaja. Masih terdapat faktor lain yang perlu diambil kira seperti tujuan penggunaan dan bajet. 🙂