Al kisahnya 3 minggu lepas aku gi submit keputusan ujian berkomputer di pusat memandu SKEM. Niat dalam hati balik nak singgah Wangsa Maju nak beli sticker untuk Mod Smok M80 yang aku baru je angkat malam sebelum tu. On the way balik tu takde la rasa apa2 yang pelik atau mengantuk. Aku ingat lagi aku tengah bawak motor tu macam mana. Steady macam hari2 biasa.

Rasa macam mimpi. Sedar2 je kat hospital. WTH kan? Tengah bawak motor tiba2 kat hospital dah. Apa yang berlaku semua aku tak ingat. Kepala memang rasa sakit macam migrain masa tu, dan pening2. Macam mana boleh eksiden, lokasi, masa semua aku tak tau. Tapi aku ada la ingat sikit part of “mimpi” yang aku ingatkan mimpi rupanya bukan, “bang gunting baju boleh tak?”. Rupanya aku separa sedar. Aku passed out tak lama lepas tu.

So bila abang aku datang, aku takleh nak cerita apa. Kat semua orang pun. Aku cuma bagitau aku balik dari SKEM dan dia trace je jalan situ sampai jumpa lokasi. Bila tanya doktor, doktor kata kepala aku kena hentakan. Hidung aku retak ke patah tak tau la, rasa sakit dan bergoyang, rasa krap krap krap gitu bila usik. Dagu aku masih bengkak, dahi ada lubang kecik kena jahit, belakang leher dan tulang belakang sakit, tangan kiri sakit takleh grip. Mulut aku terkoyak dalam, kena jahit. Yang tempat lain tu macam biasa, eksiden, ada luka2 sana sini.

Dan motor aku…..

Sebelum Tunda 11174578_1578065435798094_3179787088273229595_o

Berpusing 360 degree je.. Takde la teruk sangat kan? Hmm.. Takde kesan brek atas jalan, dan average aku bawak motor 100km/j most of the time.. Termasuk masa tu (sebab aku memang ingat je aku bawak motor balik dari SKEM tu).. 100km sejam langgar bukit tanpa brek… Hmm.. Alhamdulillah, aku selamat.

———————
After effect dia, awal2 lepas keluar hospital rasa nak hantuk kepala. Then seminggu, recover. Sembuh, masuk office kena outstation terus. Mula2 memang takde apa2 pun. 3 minggu kemudian, skarang ni. Aku mula pening kepala, dizzy dan mabuk.. Kepala kadang2 bengong. Maybe aku patut gi buat scan balik.. Tangan kiri pun sakit lagi ni. Hmm…

Doakan cepat sembuh. Amin.

Advertisements