Disebab ada orang tanya aku macam mana nak install file dari AUR kalo takde AUR helper, maka aku tergerak untuk tulis entry ni.

Pengenalan

AUR adalah satu rahmat yang besar jika korang melakukan apa-apa yang bukannya datang secara siap dengan distro korang.

Arch User Repository (AUR) adalah repositori berasaskan komuniti untuk pengguna Arch. Ia mengandungi penerangan pakej (PKGBUILD) yang membolehkan korang untuk membina pakej dari sumber dengan makepkg dan kemudian memasang melalui Pacman. AUR telah dicipta untuk mengatur dan berkongsi pakej baru dari pengguna lain serta membantu mempercepatkan kemasukan pakej popular ke dalam repositori [community].

Sumber: Arch User Repository

AUR adalah Repository pengguna Arch di mana orang ramai meletakkan pakej yang tidak rasmi dan tidak disokong oleh pembangun Arch. Pada asasnya, ia adalah satu lagi repo di mana orang ramai meletakkan pakej mereka. Tidak semua keperluan mereka perlu kompil. Benda-benda yang korang biasanya akan perlu muat turun dalam tarball dan kompil dalam Debian, Redhat, SUSE, etc, atau hanya ditawarkan sebagai binari. Selain itu skrip itu sendiri merupakan perkara yang bagus tentang pakej AUR, adalah berupaya meletakkan pakej di tempat-tempat yang selaras dengan Arch (self-compatible) seolah-olah menggunakan pengurus pakej biasa.

Banyak aplikasi di sana yang perlu dikonfigurasi dari source jika dalam distro lain, tetapi dengan menggunakan cara yang betul bukannya rumit untuk membina dan kemudian menyimpan up to date secara manual.

Pengetahuan Asas Mendapatkan Pakej Dari AUR

Disini aku akan terangkan bagaimana pengguna boleh mengakses dan menggunakan AUR tanpa menggunakan AUR helper.

Cara paling senang adalah menggunakan wget. Jika belum ada wget, boleh dapatkan wget dari repositori official.

sudo pacman -S wget

Kemudian cari pakej yang korang nak install dari AUR repo ni: https://aur.archlinux.org/packages/

Sedut PKGBUILD dan tarball menggunakan wget pada terminal. Bergantung kepada pengetahuan korang untuk letak file download kat mana, wget akan download dalam direktori semasa pada terminal. Jadi pastikan korang alert direktori semasa korang.

wget <link tarball>

wget <link PKGBUILD>

Masih lagi dalam direktori semasa, taip ni pada terminal untuk membina pakej.

makepkg -s PKGBUILD

Dan langkah terakhir adalah install pakej yang dah dibina tadi kedalam sistem Arch korang

sudo pacman -U <nama file>

Dah siap install! Tak perlu kompile sendiri dan sebagainya. AUR buat segalanya untuk korang secara automatik 🙂

Senang kan?