Pukul 6.30 pagi, bangun takde kerja nak buat. Hujung minggu hari Sabtu, terasa nak menulis.

Malas nak cerita Arch Linux tu apa, Google sendiri. Malas nak stray, stick kepada KISS (Keep It Simple, STUPID)

Ni perjalanan aku install menggunakan iso 2012/11 Arch Linux. Macam biasa, disebabkan Arch ni rolling dist, kebanyakan guide akan deprecated by time so jangan depends sangat. Stick kepada official guide kalau ada sebarang kemusykilan.

 

Keperluan:

  • Arch Linux iso 2012/11
  • Computer
  • Internet Ethernet (kabel la paling mudah nak faham)
  • HDD yang dah siap partition (boleh guna gparted, atau tool partition dalam windows terlebih dahulu kalau nak senang sebab aku malas nak cover yang ni. Aku assume semua dah pandai buat partition HDD)
  • Pengetahuan asas edit menggunakan nano editor.

Nota Lain:

  • Aku akan cover LXDE dan Syslinux. Grub2 dan lain2 DE boleh cuba2 sendiri.
  • Ayat dalam quote bermaksud command line.

 

Internet

ip addr

1: lo: mtu 16436 qdisc noqueue state UNKNOWN
 link/loopback 00:00:00:00:00:00 brd 00:00:00:00:00:00
 inet 127.0.0.1/8 scope host lo
 inet6 ::1/128 scope host
 valid_lft forever preferred_lft forever
2: eth0: mtu 1500 qdisc pfifo_fast state UP qlen 1000
 link/ether 08:00:27:3c:8e:69 brd ff:ff:ff:ff:ff:ff
 inet 192.168.1.141/24 brd 192.168.1.255 scope global eth0
 inet6 fe80::a00:27ff:fe3c:8e69/64 scope link
 valid_lft forever preferred_lft forever

Kalau keluar macam tu, ok. Good. Ping terus Google.

ping -c 3 google.com

 

Partition

Check partition yang nak guna.

lsblk

Kenalpasti susunan partition.

NAME MAJ:MIN RM SIZE RO TYPE MOUNTPOINT
sda 8:0 0 465.8G 0 disk 
|-sda1 8:1 0 48.8G 0 part 
|-sda2 8:2 0 1K 0 part 
|-sda3 8:3 0 46.9G 0 part /
|-sda4 8:4 0 2G 0 part [SWAP]
`-sda5 8:5 0 368.1G 0 part
sdc 8:32 1 3.7G 0 disk 
`-sdc1 8:33 1 548M 0 part 
sr0 11:0 1 1024M 0 rom

Struktur partition aku untuk install Arch adalah di sda3 dan swap kat sda4.

Masa untuk format,

mkfs.ext4 /dev/sda3

mkswap /dev/sda4

Dan mount

mount /dev/sda3 /mnt

swapon /dev/sda4

Masuk ke directory /mnt tadi

cd /mnt

 

Install Proses

Pacstrap dah disertakan sekali dengan iso. Kalau takde, sila install dahulu (pacman -S arch-install-scripts) yang mana terdapat semua pakej yang diperlukan bagi process install (kalau guna iso selain dari Arch)

pacstrap /mnt base base-devel

Ok, bancuh kopi layan movie sambil tunggu dia download dan install.

Kemudian generate fstab.

genfstab -p /mnt >> /mnt/etc/fstab

Papar semula fstab yang tadi, pastikan semua betul.

nano /mnt/etc/fstab

Pastikan hanya / sahaja diflag sebagai 1 kat belakang tu.

# 
# /etc/fstab: static file system information
#
# <file system> <dir> <type> <options> <dump> <pass>
tmpfs /tmp tmpfs nodev,nosuid 0 0
# UUID=508c1383-ba94-47aa-b4fc-3e49ba33e832
/dev/sda3 / ext4 rw,relatime,data=ordered 0 1
# UUID=8817d2ea-84a9-4b72-a924-388b80a05a3e
/dev/sda4 none swap defaults 0 0

 

Konfigurasi

Konfigurasi file yang dah di-install tadi. Chroot mount.

arch-chroot /mnt

Set locale yang nak diguna bagi sistem.

nano /etc/locale.gen

Buang komen bagi bahasa yang nak diguna.

en_US.UTF-8 UTF-8
en_US ISO-8859-1

Keluar dari nano, dan generate locale.

locale-gen

Setting Timezone.

ln -s /usr/share/zoneinfo/Asia/Kuala_Lumpur /etc/localtime

Set Jam

hwclock –systohc –utc

Set Hostname (gantikan “flyingsteps” kepada hostname anda)

echo flyingsteps > /etc/hostname

Enable servis DHCP bagi internet (kacang ni)

systemctl enable dhcpcd@eth0.service

Kalau nak double check internet jalan ke tak, try ping google. Network sepatutnya dah jalan dah ni.

Ok, masuk bab pengguna. Install sudo kalo belum ada (pacman -S sudo)

Kemudian set password root.

passwd

Tambah pengguna (gantikan “miyu” dengan nama pengguna)

useradd -m -g users -s /bin/bash miyu

passwd miyu

Done 🙂

 

Bootloader

Install syslinux

pacman -S syslinux

Config automatik syslinux

syslinux-install_update -iam

Kemudian buka syslinux.cfg untuk edit boot menu

nano /boot/syslinux/syslinux.cfg

Bagi yang dual-boot dengan windows, buang komen di bahagian windows. Dan pastikan boot partition anda betul.

LABEL arch
 MENU LABEL Arch Linux
 LINUX ../vmlinuz-linux
 APPEND root=/dev/sda3 ro
 INITRD ../initramfs-linux.img
LABEL archfallback
 MENU LABEL Arch Linux Fallback
 LINUX ../vmlinuz-linux
 APPEND root=/dev/sda3 ro
 INITRD ../initramfs-linux-fallback.img
LABEL windows
 MENU LABEL Windows
 COM32 chain.c32
 APPEND hd0 1
LABEL hdt
 MENU LABEL HDT (Hardware Detection Tool)
 COM32 hdt.c32
LABEL reboot
 MENU LABEL Reboot
 COM32 reboot.c32
LABEL off
 MENU LABEL Power Off
 COMBOOT poweroff.com

Kemudan install mbr.

dd bs=440 count=1 conv=notrunc if=/usr/lib/syslinux/mbr.bin of=/dev/sda

Selesai! Keluar persekitaran chroot

exit

cd /

umount /mnt

swapoff /dev/sda4

reboot

Bersambung Part 2 (post install)

Advertisements