Dah lama benau tak menulis. Setiap kali ada benda yang betul-betul menarik je baru nak usik. So apa cerita kali ni? Oppa Gangnam Style? Bitch please, tu orang gila Korea je layan. Mesti la pasal Guild Wars 2 yang dunia sedang hype sekarang ni. Apa yang hype sangat pasal benda ni? DUNIA MMORPG YANG MEMBOSANKAN!!

Jom tengok ape benda yang menarik main Guild Wars 2 ni.

 

Questing & Event

“Eh jap, aku nak submit quest”
“Aku nak gi amik quest jap kat NPC XXX”
NPC cakap, “Bunuh 50 ekor tikus aku nak wat sup tulang”.

Dalam Guild Wars 2, nak buat quest tak perlu cakap ngan NPC. Nak submit quest… eh, tak perlu submit pun. Takde nak membosankan diri melakukan aktiviti yang sama berulang ulang ulang ulang semata-mata nak siapkan quest.. Takde nak membanting tulang bekerja keras nak bagi makan kat NPC kesayangan korang demi exp yang seciput. HAHAHAHA!

Guild Wars 2 merujuk quest sebagai event. Juga akan ada aktiviti lain yang boleh tetiba muncul ntah dari mana, dalam satu event tanpa menggangu flow aktiviti korang. Dalam satu event, korang boleh nak simbah air ke askar, tarik ekor ulat, lontar diri korang atas catapult sambil buat muka poker, curi makanan arnab sambil kena flying kick ngan arnab dan tergolek, bagi beruang makan, tangkap ikan, dan lain-lain. Semua aktiviti menyumbang kepada event meter korang. Be creative, korang boleh troll member korang kalo korang rasa nak buat jahat.

Dan lagi satu, korang takkan rasa bengang bila ada orang lain datang masa tengah buat aktiviti.  Takde camping menunggu mob spawn berebut macam orang gila, bila secara kebetulan korang lalu kat situ dan pukul mob tersebut.

“*&#(*&$((%*& noooooob I’ve been waiting for this boss for hours and you just took it from me! F*** you noob, o0o. Don’t do it you son of a b****”

Takde KS, semua mob sharing tak kira dalam party atau tidak. Semua orang boleh pukul dan masih dapat reward. Sebaliknya, korang NAK orang lain muncul, yang mana, satu kumpulan orang yang masuk serta boleh menjadi f***king huge! Korang takkan dapat bayang betapa epic nya suasana. Semua orang dapat loot dan reward diorang masing-masing, semua orang menyumbang kepada satu event. Ada juga event yang berubah mengikut berapa ramai yang muncul! Event level juga boleh berubah kepada jumlah orang yang “ada” join. Secara keseluruhan komuniti berubah disebabkan mekanik ni.

World event yang muncul secara random dalam satu map boleh memberikan korang multi-event objektif juga boleh membuat BOSS mucul pada akhir, yang memerlukan 30-40 orang untuk kill. Guild Wars 2 simulate perasaan explore dan discovery bagi World, yang mana bagi MMORPG lain explore merupakan sesuatu yang sia-sia, malah membuang masa korang disebabkan explore map. Reward yang cukup addictive membuatkan korang sentiasa rasa nak explore keseluruhan map. Bila korang explore 100% map, lebih besar reward yang dapat. Dan paling penting, terdapat hidden area yang tak masuk dalam map. Hidden area boleh bagi reward yang lebih besar.

 

Skill & Combat

Skill dalam Guild Wars 2 bergantung mengikut kepada jenis weapon yang korang pakai. Skill ni plak berbeza mengikut class yang korang amik. Jadi kalau Warrior yang guna Greatsword mempunyai set skill yang berlainan dari Guardian atau Mesmer yang menggunakan Greatsword. Setiap class mempunyai perasaan yang berlainan. Lagi pula, setiap orang boleh swap weapon bila-bila masa termasuk semasa battle. Ini membolehkan korang mencipta cara rahsia tersendiri bagi weapon combo.

Bagi dual wield, skill set juga boleh berbeza mengikut weapon mana yang korang equip bagi Main-Hand dan weapon mana korang equip bagi Off-Hand. Terdapat juga weapon yang boleh jadi Either-Hand. Contohnya Dagger+Dagger, Axe+Dagger, atau Scepter+Dagger mempunyai set skill yang berbeza. Begitu juga dengan weapon lain serta class lain. Ini membuatkan customization skill set berbeza besar bagi setiap class. Tu belum lagi masuk Util skill, Heal Skill dan Elite Spell bagi setiap class.

Sekarang compare pulak dengan BORING MMORPG yang korang main sekarang yang ada cuma satu set skill kat bar, mengikut class yang korang guna. TU JER. Tak boleh tukar.

Disebabkan combat sistem dalam GW2 berdasarkan skill based, korang boleh lari dan mengelak dari kena attack. Game ni f***king kick ass kalo korang ada kepantasan dan skill individu.

Terdapat juga combat bawah air. Skill set dan weapon berubah berlainan dari atas tanah. Sound effect bawah air sangat bagus kalo korang guna sistem yang bagus. Ada gemaan dan sebagainya. Ada orang skill atas tanah sangat hebat tapi bila underwater combat dia jadi noob jer.

Takde potion, role healer tank dps atau sebagainya dalam GW2. Cuma selepas combat end, HP korang akan automatik di-refil semula. Jadi setiap kali battle korang kena settle combat pada masa tu jugak. Ni sangat penting dalam PvP terutamanya, untuk sentiasa survive bagi setiap round.

 

Personal Story

Personal Story adalah independant daripada World Event. Benda ni berbeza mengikut character instint. Korang boleh jugak ajak party korang join skali ke dalam personal story korang kalo diorang nak. Diorang jugak boleh buang cerita korang daripada cerita masa korang bersama, kalo diorang main path yang sama. Terdapat macam-macam kepelbagaian kecik atau besar yang boleh mengubah story masing-masing.

YES, Storyline yang BERCABANG.

Terdapat beribu-ribu kepelbagaian cerita yang korang boleh reka. Dengan kepelbagaian ini, setiap character perlu buat keputusan yang masing-masing mempunyai prinsip sendiri macam mana nak deal ngan Elder Dragon. Story boleh jadi lawak (bagi aku la) atau mencabar tahap gaban.  Of course, last skali korang akan lawan Zhaijan tapi paling epic bila semua story tersebut sebenarnya berkait.

Ni belum masuk PVP, atau World vs World lagi ni.

 

Perkara-perkara Kecil

Disebalik semua benda besar yang berlaku, diorang masih mampu letak benda kecik yang membuatkan game lebih idup. Contohnya kutip batu, ada skill set sendiri. Kutip batu, kutip barrel, dan sebagainya. Semuanya mempunyai skill set masing-masing.

Juga terdapat sistem rally bagi kedua-dua PvP dan PvE. Kalo korang kena pawn, korang masih boleh fight balik. Bukan terus mati kat situ. Masa terbaring sakit diambang kematian tu setiap class ada set skill yang boleh bagi chance untuk korang turn around fight. Contohnya lempar batu, lempar dagger, sedut HP, tanah poison kat tanah dan lain-lain. Ni baru HEROIC. Dah nak mati masih fight bagi sedikit masa, yang mana berpeluang untuk diselamatkan.

Beberapa binatang dalam game mempunyai animasi sendiri, sampai beberapa minit pun ada. Memang seronok layan. Korang boleh layan perbualan NPC yang mana korang boleh terlepas kalo tak ambil perhatian.

Story dialog bukan lagi baca dan faham tapi setiap story terdapat suara sendiri, dan disampaikan melalui cinematic/animasi cerita. Aku suka Vojja dari Asura. Kecil, cute dan lawak.

Crafting memberikan korang set armor, dan item sendiri. Korang even boleh masak kek coklat dan cipta resepi sendiri. Terlalu banyak dan luas berkenaan dengan crafting sampaikan orang addictive kepada sistem baru yang diperkenalkan oleh GW2. Setiap material yang korang kutip boleh dihantar terus ke dalam “bengkel”/”dapur” tanpa membazirkan slot beg. Setiap character di bawah account yang sama berkongsi bengkel atau dapur ini yang mana korang boleh buat character khas bagi crafting dengan extra slot beg.

Terdapat lebih dari 370 dye dalam GW2 yang korang boleh tepek kat baju atau armor. Even guild armor yang mempunyai emblem kat baju. Setiap armor boleh diwarnakan mengikut setiap bahagian (tali pinggang, colar, lengan, kawasan kecik dll) jadi tak wujud character yang nampak sama dalam game ni melainkan kalo korang tak warnakan armor korang.

Terdapat juga mini-mini game dalam game ni seperti “bola sepak ais”, boleh slide kick orang dan setiapnya mempunyai skill set berlainan, dan lain-lain.

Heck, macam aku cakap sebelum ni. Hidden area map merujuk kepada hidden jumping puzzle yang menguji otak dan strategi korang untuk jump. Jadi, siapa kata jump feature useless?

Muzik. Life is Music. Muzik menghidupkan setiap tempat dan scene dalam GW2. Kalo korang betul layan lagu GW2 korang akan rasa seolah-olah korang berada dalam game, enjoy. Contohnya Asura. Duk dalam hutan yang cantik gila. Pernah tengok citer Avatar? Enjoy moment dalam cerita tu? Macam tu la dia perasaan nya.

 

PvP & World vs World

Aku belum main betul-betul lagi PvP so takleh nak cerita banyak. Selalu kena pawned je. Tapi WvW sangat seronok. War beramai-ramai.

PvP boleh masuk dari mana-mana tempat melalui character panel. Heck even level1, korang nak jump terus ke PvP pun boleh. Bila dah masuk dalam tu level korang automatik diskala kepada level80, dan gear korang pun juga guna level80. Terdapat merchant kalo korang nak tukar gear, dan semuanya FREE. Tapi takleh bawah keluar dari kawasan tu la. Effective dalam PvP map only. HAHAHA!

Skale ke level80 tu termasuk skill dan traits korang. Semua skill unlocked, jadi korang boleh customize ikut suka hati. Jadi tak wujud situasi orang ada gear yang super &#*(&#$().  Yang menjadi advantage ialah strategi dan combo yang korang plan. Korang boleh reset skill bila-bila masa dan sesuka hati mengikut strategi korang. Stuff ni sangat mendalam lebih-lebih lagi kalo korang main bersama guildmate atau kawan. Disebabkan takde spesific role dps, tank, healer dan lain-lain, GW2 PvP sangat mencabar.

Dalam WvW, terdapat tiga World berlawan sesama sendiri, 500 orang. Yang ni kena bijak bawah weapon dan supply untuk support army korang. Kalo nak siege town orang lain, takleh main bodoh terkam gate je. Bawak ram, catapult dan lain-lain mempercepatkan masa untuk robohkan gate. Dan setiap siege weapon perlu dibina dengan supply unit dan setiap orang cuma boleh bawak 1 supply unit je. Jadi setiap orang perlu unite dan fikir strategi cara nak ambush. Dan battle ni decide reward bagi World korang.

Unbelievablely, nak masuk WvW sentiasa full dan kena masuk queue kalo nak masuk. Semua orang nak fight untuk World diorang nampaknya. 500 orang terlalu sikit bagi WvW so kena tunggu Anet update dulu bab ni.

 

Kesimpulan

Apa yang korang dapat dari duit korang memang BETUL- BETUL gila punya, dengan cuma ~RM169 korang boleh dapat sebanyak tu. World sangat besar at least 3x ganda lagi besar dari Skyrim/Oblivion, dan korang boleh dapat semua ni. Yang paling best, it is free of f***king monthly subscription! TAK PERLU BAYARAN BULANAN!! Bayar RM169, dan selesai. Takde orang akan tanya korang suruh bayar RM60 bulanan untuk main. GW2 hentam Pay 2 Play MMO.

Aku rate game ni sebagai EPIC dan LEGEND.
10/10

Tak pernah ada game yang perfect – EVER.

Maksudnya, game GW2 ni berbaloi bagi SETIAP sen korang. Heck even 3X ganda dari jumlah yang korang bayar. Game ni memang ada kekurangan dan keburukan, tapi takde satu pun tu yang mampu tarik kehebatan dia.

WELCOME TO NEW GENERATION MMORPG

Advertisements