Apa yang aku paling suka guna Linux ni ialah sebab dia boleh customize macam-macam. Korang nak install Linux bogel pun boleh, dengan paling asas kemudian letak satu persatu komponen yang korang suka. Korang boleh tengok kat Psychocat untuk buat macam tu. Guide ni bukan nak bagi panduan untuk install pure OpenBox dalam Ubuntu. Aku buat ni pun berdasarkan panduan dari sini, sini dan sini, kemudian aku ubahsuai mengikut keselesaan sendiri. Anggap korang dah ada satu Ubuntu 11.10 normal yang dah siap, korang ada terminal.

Korang boleh guna OpenBox untuk uruskan bahagian lain, atau buat kerjasama dengan DE lain. Kalo korang tak pernah guna OpenBox sebelum ni, korang boleh tengok GALLERY screenshot aku.

############################################

Install OpenBox

Sebelum mula, kena install dependencies dulu. Paste line ni kedalam terminal.

sudo aptitude install build-essential pkg-config checkinstall
sudo apt-get build-dep openbox

Ok, kemudian install OpenBox. Korang boleh install versi latest dengan download dan compile sendiri dari Openbox website. Tapi aku lebih suka cara senang, jadi aku tunjuk cara aku dulu.

 

1. Cara Biasa

sudo apt-get install openbox obconf openbox-themes

2. Alternatifnya, korang boleh download versi lain (latest mungkin) dengan cara ni:

wget http://icculus.org/openbox/releases/openbox-<versi korang>.tar.gz
tar xzvf openbox-<versi korang>.tar.gz
cd openbox-<versi korang>/
./configure --prefix=/usr --sysconfdir=/etc
make
sudo checkinstall
sudo apt-get install obconf openbox-themes

Disebabkan Openbox yang kita guna ni tak integrate dengan Gnome, kita perlukan cara lain untuk akses Run. Korang boleh guna Synapse, Kapfer, gnome-do, atau segala macam lagi mengikut pilihan tapi aku lebih suka yang ringkas dan pantas seperti Gmrun. Cara install Gmrun:

sudo apt-get install gmrun

Ok, logout/restart dan login melalui sesi OpenBox. Aku rekomen restart lebih baik. Korang juga akan nampak sesi lain (Openbox/Gnome) yang menggunakan Gnome sebagai window manager, pilih OpenBox untuk window manager OpenBox, dan login.

 

############################################

Konfigurasi OpenBox

Korang boleh guna ALT+F2 untuk akses gmrun, dan taip gnome-terminal untuk akses terminal

Menu

Mula-mula, copy dulu salinan template menu dari sistem guna command ni:

cp /etc/xdg/openbox/menu.xml ~/.config/openbox/menu.xml

Kemudian edit menu:

a) Secara manual (kalau nak cantik dan susun ikut citarasa sendiri):

gedit ~/.config/openbox/menu.xml

atau

sudo aptitude install python2.5 python-glade2 python-gtk2
sudo aptitude install obmenu

run obmenu untuk edit menu korang secara manual GUI

b) Secara auto. Backup menu.xml korang kalau korang sayang sebab dah buat cantik-cantik, kemudian download MenuMaker dari sourceforge.

tar xzvf menumaker-0.99.7.tar.gz
cd menumaker*
./mmaker OpenBox3
mmaker -f OpenBox3

 

############################################

Theme

Korang boleh cari theme kat Deviantart, Box-look.org, atau Freshmeat.org. Theme asal sangat buruk, berkotak-kotak jadi untuk atasi masalah tu, Ubuntu 11.10 dah sediakan aplikasi nama Lxappearance. Kekurangan Lxappearance ni adalah, dia sentiasa bind dengan gnome-settings-daemon yang mana daemon ini akan sentiasa ambil alih configurasi korang. Cara untuk atasi masalah ini akan dicover kemudian.

Lxappearance ni agak berat untuk load semasa start up. Ni mungkin salah satu faktor kenapa Ubuntu 11.10 berat. Jadi aku cadangkan guna Nitrogen.

sudo apt-get install nitrogen

Kemudian install tweak tool untuk lebih konfigurasi.

sudo apt-get install gnome-tweak-tool

Kemudian buka gnome-tweak-tool > Desktop, turn off “Have File Manager Handle Desktop” jika ianya on. Kemudian untuk disabled gnome-settings-deamon dari megambil alih konfigurasi appearance. Tekan ALT+F2 dan taip dconf-editor (ejaan aku tak salah, Ubuntu 11.10 gunakan dconf-editor instead of gconf-editor). Buka

org > gnome > settings-daemon > plugins > background

Untick untuk disable.

 

############################################

Panel

Terdapat banyak jenis panel yang korang boleh guna. gnome-panel, bmpanel2, tint2 dan lain-lain. Bergantung mengikut pilihan, untuk kekalkan simplicity kat sini, aku gunakan Tint2:

sudo apt-get install tint2

Masukkan ke aplikasi start up. Cara untuk customize tint2 akan dicover dikemudian hari.

 

############################################

Aplikasi Semasa Start up

Untuk memudahkan kerja, aku share aku punya ~/.config/openbox/autostart.sh:

#!/bin/sh
#enable gtk
gnome-settings-daemon &
#password keyring
/usr/lib/policykit-1-gnome/polkit-gnome-authentication-agent-1 &
eval $(shell gnome-keyring-daemon -s) &
#desktop effect
xcompmgr &
#language character typing support
scim -d &
#desktop wallpaper manager
nitrogen --restore &
#panel
tint2 &
#conky
conky -c ~/.conky/ballonconky/conkyrc0 &
conky -c ~/.conky/ballonconky/conkyrc1 &

 

############################################

Konlusi

Sebenarnya guide ini hanyalah cover asas bagi menggunakan OpenBox. Dari guide ini korang boleh explore sendiri dengan menggunakan setting-setting dan tool-tool yang dah aku rekemen.

Contoh OpenBox 11.10 yang dah siap:

OpenBox 11.10

Advertisements