Dah lama aku tak post balik kat blog nih. Dah berkarat ramat dah sekali tengok. Tapi karat pun ade lagi orang datang visit.

Wakakaka..

Ni benda menarik yang bakal berlaku kat Malaysia. Anon Operation Malaysia. Hacker kalo tak tau Anon ni ape balik awal la.. Belajar balik dari asas.

Wakakaka..

Faham dulu sape Anonymous tu. Aku nak guna perkataan kami pun boleh. Boleh jadi sesiapa sahaja. Nak berkenalan dengan Anon ni boleh download dulu magazine hacker ni. Editor dia sahabatku dari India Mohit Kumar, credit kat dia sebab banyak dedahkan pasal banyak isu hacking.

Download dan baca. Once mention “Anonymous” seluruh dunia hacking terlibat, tapi yang buat mungkin orang dalam negara sendiri. Sila baca dan faham betul2 sebelum tuduh orang luar.

Orang yang sumbang ke Wikileaks tu Anonymous jugak. Yang pasti, zaman sekarang bila dah satu issue sampai ke tangan hacker, bukan lagi satu issue kecik.

Jangan jadi macam Sony, pandang rendah sampai kene hack 12kali berturut2 oleh Anonymous pastu panggil FBI plak skang mintak tolong. Issue? Sebab saman hacker yang baiki PS3 sendiri atas alasan melanggar EULA Sony. Sampai skang masih kene hack BERTURUT2! Pengguna pun dah start banned barang Sony sebab takut privacy leaks.

Serious cat is serious

So apa kesimpulan tentang negara Malaysia? Gila publisiti dan yang pastinya publisiti murahan. Ketika Jepun dilanda musibah, keluarkan karikatur sebab nak tayang kat CNN (Wakakaka..) then Rosmah dengan bijaksananya komen macam dunia ni dia yang buat (Wakakaka..) tak cukup lagi, Malaysia tersenarai sebagai rank no.1 pusat judi dunia. Dahlah judi, ranked top 10 pengambilan arak terbesar dunia. Tak cukup publisiti lagi, gi plak ke Turki bagi kalung bunga kat orang yang dah terang2 kena laknat even masa kat dunia.. Tak lain tak bukan Antartuk kononnya pemimpin yang patut dicontohi? Kemon la.. (Wakakaka..) Tak cukup lagi, murahnya maruah dia tender kononnya mahal RM1.5 Juta tapi sebenarnya hanya menggunakan element2 sumber terbuka yang boleh didapati secara percuma? Tak cukup lagi, RM1.8Juta ditawarkan kat pihak ketiga untuk jaga Facebook group diorang? Siap masuk CNN? GILA PUBLISITI. MENCAPUB.

Operasi mencari publisiti murahan

The Piratebay pun kutuk keras sebab block benda yang tak sepatutnya dari kerajaan Malaysia. Yang bestnya, ada dah orang leak satu senarai besar emel2 yang digunakan oleh pegawai kerajaan untuk daftar di site2 porn! Military and police fapping when no job = blow job. Oh please.. patutla gomen bocor sana sini.. Wakaka..

Seriously? Semua publisiti yang dicari2 adalah MURAHAN! Aku harap Anon boleh ajar diorang cukup2 kali ni. Biar diorang tahu kebebalan diorang ada batasnya.

ps: pasni korang bleh la drop barang Sony

Advertisements