Sepakat Membawa Berkat~!

Hehe.. Aku suka lagu ni.. Lagu catchy and lirik dia semangat. Semangat kerjasama.. tu penting tu! Walaupun sebenarnya aku pun bukan orang Kelantan, tapi janji best, layan~~ 😀

Ni lirik yang dah di-translate-kan kepada bahasa yang lebih mudah nak faham

Beruntung benar ku jadi anak Kelantan
Tempat Melayu ramai orang pempuan comel-comel
Hutan banyak boleh pakat tebang
Dalam-dalam sungai pun banyak lagi ikan

Duduk tak takut kita tak berbalah
Duit pun cukup barang-barang murah
Tunggu ke mengantuk uh malam bulan cerah
Main daun terup takda sapa nak marah

Mari-mari kita pakat buat kerja
Bersatu hati tak kira tua muda
Biar negeri kita kaya raya
Nikmat Tuhan bagi kita jangan lupa

Ada kerja bendang ada tanam tembakau
Ke laut memukat ikan tok peraih atas kedai
Menoreh getah orang ada cikgu kerani pegawai
Rakyat cari makan takda lagi yang lapar

Tanah banyak lagi belah gua musang
Kita tak tamak bahagi sikit sorang
Hasil lemak mandi tanah hutan
Bagi ke anak cucu masa depan

Sebungkus nasi berlauk hentam rokok sebatang
Baru sedap duduk kenyang sepagi terik
Heret anak beruk pakai baju carik
Kain kilas rusuk basikal takda brek

Mari-mari kita pakat buat kerja
Bersatu hati tak kira tua muda
Biar negeri kita kaya raya
Nikmat Tuhan bagi kita jangan lupa

Pohon kayu kayan tumbuh hidup segar
Duku rambutan durian buah kerdas jering petai
Tembesu (…..) uh kandih jati cengal
Akar buluh rotan ambil la pakat jual

Beruntung benar ku jadi anak kelantan
Bagus perangai ramai orang sayang
Sudah terkenal sampai ke negeri orang
Cari duit pandai kita tak suka berhutang

Nampak comel benar masa naik kapal terbang
Lengkok-lengkok sungai ada bukit tanah
Bumi tak tercemar hak kita rakyat Kelantan
Biarlah kekal semangat Siti Wan Kembang

Mari-mari kita pakat buat kerja
Bersatu hati tak kira tua muda
Biar negeri kita kaya raya
Nikmat Tuhan bagi kita jangan lupa

p/s: Err… yang kat tembesu tu sebenarnya aku tak tau pokok apa.. ilmu pasal pokok2 ni rendah lagi 😛

Advertisements