Hehe lebih2 punya tajuk.. Ni ha motor aku baru2 ni kene mangga ngan pak guard UTM. Huhu, siot je. Aku naik kejap je haritu nak gi jumpa lecture, aku rasa tak sampai 10 minit pun urusan.. Turun je kat tempat aku park motor tu dah kene solex. Bedebah punya guard.

Aku suspek diorang skang tengah marking ar.. Ada dua tiga kes pada hari hampir sama ngan aku pun budak2 kene lock gak.. Baru je sampai, park motor, blah, then pak guard datang takde nye nak check2 motor terus lock. Then blah dari situ. Budak yang kene lock tu turun, guard tu datang balik tepat pada masa, tulis surat saman kat situ gak kasik kat budak tu. Amacam, pro tak? Tak cukup dengan tu, pandai menipu plak guard ni…. Menipu apa plak dah.. Kat kertas saman tu tulis “Aduan Dari Dekan”. Ha hambik ko, guna nama dekan teros. Padahal dekan takde pun masa tu. Aku tengah menyaksikan kejadian tu kot.. Main2 sama pak guard UTM

Pok Gad
Hiasan semata2, aku curi dari blog lain sori la ye.

Sebenarnya masa aku tengah menonton drama pak guard ni, aku tengah Google. Google apa? Google cara nak unlock solex. Hahah amacam jahat tak aku. Kene lock tu bukak laptop teros tak banyak bicara, kita Google dulu pape hal. So aku jumpa la beberapa cara kan. Masalah lain plak aku tak tau mana nak dapat alat2 tu sume.. Lepas ngadu sana sini, Sume member buat senyap je kan. Biasa la, member ni datang bila kita senang je, tu aku dah biasa..

Duk pening2 usaha, at last dapat gak la member aku budak senior nak tolong. Punya jauh aku jalan dari fakulti ke stesen the-mighty-pak-guard UTM.. Melecet kaki aku sebab aku pakai selipar masa tu :p Kene bebel2 kat stesen tu jap, aku buat muka tahi dah la. Then jalan kaki balik plak ke kolej. Perghh penatnya tak ingat. Balik2 bilik tertido kepenatan. Then aku call sorang lagi member ni (ape lagi, ngadu la kan, mane tau kot2 dapat tolong skali lagi) Yesss.. Akhirnya, memang terbaik la. Dia nak tolong aku.

Dia cakap bapak dia dulu pernah terkunci rumah. So ada la tool tu. Damn asal tak cakap2 awal2, kalo tak takde la jadi panjang cite aku.. Takde la sampai penat2 melecet aku jalan kan. So malam tu kami buat plan. Kita “jailbreak” motor. Heheh. Tak kira dah kali ni, janji dapat buang lock. Malam tu kitorang kasi cut solex tu. Berjaya? Memang berjaya tapi ada sorang witness masa tu.. Huii cuak tak hilang agi neh.. Sebab tu tajuk post ni camtu. Motor tengah panas kot. Aku nak park pun takot2 skang. Pusing2 dulu tiap kali nak park.. Mampus la, janji aku puas hati.. Tentang member aku tu, takpe dia baik hati.. Dia nak bawak benda tu pun dah takut2, tapi member punya pasal sanggup take risk.. Well hidup ni kene ada pengalaman orang kata kan3 ;p

Hambik ko pak guard, ingat ko sorang je leh High and Mighty? Kitorang lagi High la, Cut the Solex Like A BOSS. Problem? ;D

Advertisements